My BeLog

Mama Sayang anak anak mama
HELMI <3 UDDYN <3 SAFIYYAH

~~

BeLog Setia BerCeriTa

Isnin, 8 Oktober 2012

MEE WANTAN LAGIIIII (COPY DR BLOG NORAINI)

copy dari noraini ibu manja..


aSSalammua'laikum...entry ni saje je aku nak post sbb suke mkn makanan niii... sape2 nak buat, jgn lupe post kat check..

Bahan-Bahan:
300 gm mee wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih * (* ditumbuk, saya kisar je)
1 mangkuk stok ayam
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit minyak masak
wantan secukupnya, direbus (yg ini saya tambah)

Cara Membuatnya

1. Mee wantan direbus dengan air panas hingga lembut. Angkat dan toskan. Dada ayam direbus dan disiat-siat halus. Sawi dicelur dengan air panas dan sedikit minyak masak.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Masak hingga mendidih.

Cara Menghidang:

Bubuh mee wantan, sawi, daging ayam dan wantan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah panas ke atasnya.

Tiada ulasan: